LAGI ISTERI DICEDERAKAN SUAMI
AKIBAT MINTA CERAI
UTUSAN-
KUALA LUMPUR 5 Mei - Jika di Melaka, semalam, seorang anggota tentera cuba menoreh kemaluan isterinya dengan pisau, kejadian hampir sama berlaku lagi di Bukit Beruntung dekat sini.
Kali ini, seorang isteri cedera parah selepas ditendang dengan kasut but dan dipukul dengan topi keledar oleh suaminya, hanya kerana wanita itu menulis surat untuk meminta diceraikan. Insiden keganasan rumahtangga tersebut dilaporkan berlaku pada Sabtu lalu selepas suspek mengesyaki isterinya menjalin hubungan dengan lelaki lain.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan Norel Azmi Yahya Affandi ketika mengesahkan perkara itu berkata, suspek, seorang peniaga pasar malam berusia 51 tahun, 'naik angin' apabila menerima surat daripada isterinya yang minta diceraikan.
Menurutnya, suspek percaya isterinya berusia 33 tahun yang bekerja sebagai pembantu di sebuah pasar raya di Bukit Beruntung berbuat demikian kerana mempunyai teman lelaki.
"Akibat cemburu, suspek hilang pertimbangan dan bertindak memukul dan menendang isterinya dengan kasut but dan topi keledar.
"Ekoran itu, wanita malang tersebut terpaksa dirawat di Hospital Sungai Buloh akibat lebam di beberapa anggota badan selain patah kaki," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, polis yang menerima laporan mengenai kejadian itu kemudian menahan suspek di rumahnya pada hari sama. Katanya, suspek kemudian ditahan reman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
Tambahnya, suspek akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bahru esok. Menurutnya, pasangan suami isteri itu mempunyai tiga anak perempuan berusia antara enam dan 11 tahun. Kejadian terbabit merupakan kes keganasan rumahtangga ketiga dilaporkan berlaku di negara ini dalam tempoh empat hari.
Semalam di Taman Bertam Perdana, Melaka, seorang jururawat, Hashimah Nong, 40, dimasukkan ke Hospital Melaka selepas kemaluannya cuba ditoreh oleh suaminya, seorang anggota tentera berusia 40-an. Suspek dikatakan berkelakuan kejam gara-gara mendengar 'bisikan suara halus' di dalam rumahnya yang mengatakan isterinya itu mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.
Terdahulu di Kuala Lipis, Pahang, kelmarin, seorang isteri, Rosmawati Abdul Rahman, 39, menemui ajal akibat kepalanya dihentak, selain perut, dada dan paha dipijak oleh suaminya yang tiba-tiba naik angin.
Kejadian kira-kira pukul 5 petang itu berlaku selepas anak pasangan terbabit mengadu kepada suspek berusia 46 tahun bahawa ibunya bercakap dengan seorang lelaki menerusi telefon di rumah mereka di Ladang Selborne, Kampung Padang Tengku, Kuala Lipis.
Entah laa kenape jadik begini...
lantera berkiblatkan iblis
Manusia huru hara
Segala-galanya adalah kerana menurut nafsu..
pujuk rayu syaitan yang sentiasa bertakhta di jiwa
Apabila iman semakin luntur
akhlak dan budi bahasa kian pudar dari amalan
Iblis laknatullah yang kini melonjak-lonjak menjahanamkan
anak cucu adam
Kita sebagai manusia yang terus hanyut dengan godaan syaitan
Lemah dan terkulai
Hati yang hitam gelap gempita....
ternoda di tanah tandus
Neraka jahanam tempat bersemadi...
SUNYI SEPI
SYURGA YANG KEKAL ABADI
CREATED BY :HAQIMIAS