KERJA  

Posted by Q.I.M.I :)

Begitu sukar untuk aku coretkan kisah ini...namun sekarang aku sangat selesa dengan keadaan ditempat baru...penuh dengan keceriaan. Namun cerita semalam tidak lekang dari ingatanku, yang kini menjadi sejarah hitam yang ku anggap warna yang sangat gelap bagi ku. Namun akan ku jadikan sebagai pengalaman yang sangat berguna.

Entah ..tetiba teringat akan cerita dulu..ketika disana, sebermula dengan kisah penjawatan aku di kerusi biru yang menjadi rebutan, sebuah department yang begitu cheria....tapi.... hanya disitu ku tinggalkan noktah.

Hampir setiap hari aku dihimpit dengan kerja yang x pernah lekang dari meja ku ini...wahhh suke nya.. dapat buat kerja walaupun banyak tapi aku suke dgan kerja tu....seringkali melayan client yang datang untuk submit permohonan tanah, bangunan dan hal-hal berkaitan.

Tika telefon berdering, ku jawab dengan penuh sopan dan bersusila. Biasalah masalah pemohon yang inginkan kepastian dan sekiranya aku mampu, aku jawab dengan seadanya. Berpandukan portal yang disediakan, ku layari dengan hemat.

Ku isikan segala data dan maklumat tanpa henti...begitulah sehari-hari. dalam kesibukan kerja, aku jua perlu pastikan segala kertas kerja dan ulasan keputusan permohonan perlu diselesaikan dengan seberapa sgera. Kekangan waktu alah bisa aku tempuhi.

Dalam keseronokan bekerja...pasti ade yang terlepas pandang, cuai dan terlupa dengan hanya secebis kesalahan. aku dihambur dengan segala tomahan, hati bagai disiat pedih menderita, satu demi satu aku diterjah dengan kesilapan begitu begini. tiada lagi kecerian diriak wajah, malas untuk aku datang bekerja, berat hati ini, ngilu rasanye perasaan ini. Melihat akan wajah itu, seperti syaitan yang bertopengkan manusia..hipokrit segala rupa. Engkaulah raja penghasut segala nestapa. Kekuatan yang aku ada, tidak mampu ku gunakan sepenuhnya. Bagaikan hilang sejuta kudrat.


Terkadang aku bertanya angkara siapakah ini?..

Suatu hari...bermula dengan sedikit kecerian.. yang ku sangka sampai ke petang, tapi malangnya penghujung pagi aku di kerah dengan segumpal hati yang tiada lagi keimanan dan kesabaran...selama ini ku tunduk hormat, ku sapa tanda bersahabat, ku ditanya tanda berjawab namun...terhakis..hancur luluh pada saat itu....kencang langkah ini keluar dari pintu yang aku kuak dengan lafaz yang sedikit biadab...tiada lagi kesabaran dihati... Segala barang ku kemas lari dan terus belari meninggalkan tempat itu.

Hari ini, aku perlu menjadi aku, perlu mencari kekuatan untuk aku bangkit menentang keangkuhan ini, akan ku hapuskan dendam kesumat, tapi ini jua sukar untuk menerimanya. mana mungkin hati ini tersiksa dengan apa yang terjadi, namun jawab si hati ini pula, sabarlah untuk aku terima qada` dan qadar-Nya.


CREATED BY : HaQiMiAs

ANAK YANG TAK BERDOSA  

Posted by Q.I.M.I :)

Bagaikan ngeri melihat kedangkalan akhlak manusia tika ini, bermula dengan ibu bapa yang kurang memberi didikan agama, lantas anak ini turut menerima akibatnya. Bagaikan tiada pedoman si anak ini. Jalan dan haluan bagaikan tertutup dan gelap gempita akan suasanaya.

Sebermula dengan kisah ibu bapa yang seringkali bertenglingkah, memaki hamun, menodai dan dinodai, bercerai berai yang tiada kesudahan akan kebaikan. Maka si anak ini mencari jalan untuk keluar dari masalah ibu bapanya. Lantas datang si jejaka yang mampu mengubah haluan hidupnya. Maka gembiralah si anak ini...


Belayarlah si anak ini dengan sang jejaka yang kononya penyelamat hidupnya. Lari ke hujung dunia bagaikan syurga itu milik mereka berdua. Kehadiran mereka dirirngi oleh iblis dan syaitan, maka berpalulah kompang dan rebana si syaitan ini. Si anak ini mula dipujuk oleh sang jejaka untuk berasmaradana, katanya inilah tempat milik kita, akan ku jadikan dikau permata suri hidupku wahai sang puteri.


Hanyut dengan belaian sang jejaka ini, membuai rasa si anak ini dengan alunan irama dan lagu yang bernafaskan nafsu berahi...

Hancurlah hidup si anak ini. terputuslah kesucian keturunan anak adam...
Tika itu sang jejaka bagaikan ghaib melenyapkan diri..tanda tugas sudah selesai. Menangislah si anak ini, rebah dan jatuh, tunduk pada kekesalan...


Si anak ini lari dan terus belari mencari suatu yang tidak pasti untuk dirinya dan anak yang bakal dilahirkan. Maka datanglah sang iblis dan syaitan..yang cuba berkata mulia. Digugurkan anak ini, di buang anak ini, di humban anak ini...bagaikan tiada kata untuk dibicarakan...untuk si anak ini.


Bertuturlah si anak yang baru dilahirkan ini kepada si ibunya, aku dilahirkan tidak berbapa tidak pula sebaik si ibu, aku dibuang, dan segalanya kata si anak ini pada tanah asal kejadian, pada sampah aku di bungkuskan, pada sungai aku di alirkan. Namun aku pasti, aku tetap ke syurga yang abadi... kerana aku anak yang tidak berdoasa.

Kemana hilangnya akal mu wahai si ayah, si ibu.Kemana imanmu yang tuhan itu kurniakan padamu. Kemana jua hendak kau lari, kerana tuhan itu Maha Mengetahui.


" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu
 Kami jadikan dia mendengar dan melihat "
Surah Al-Insan ayat 2



(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): “Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.
Sural Al-Luqman ayat 16


Anak itu ibarat kain putih yang suci sifatnya
Maka amanah yang dipertanggungjawabkan oleh ibu bapa untuk mewarnai dunia si anak ini
Maka warnailah anak ini dengan tona warna yang yang di redhai oleh Yang Maha Berkuasa.

Pulanglah ke pangkal jalan
Carilah jalan itu yang redhai olehNya
Jalan yang lurus, kesyurga kelak engkau ketemui
Namun jalan yang bengkok jua engkau lalui, ke neraka pasti engkau dihumbani
Tidakah dikau sedar akan azabnya Yang Maha Esa..


CREATED BY : HAQIMIAS

-S.U.A.M.I.K.E.J.A.M-  

Posted by Q.I.M.I :)

LAGI ISTERI DICEDERAKAN SUAMI
AKIBAT MINTA CERAI


UTUSAN-
KUALA LUMPUR 5 Mei - Jika di Melaka, semalam, seorang anggota tentera cuba menoreh kemaluan isterinya dengan pisau, kejadian hampir sama berlaku lagi di Bukit Beruntung dekat sini.

Kali ini, seorang isteri cedera parah selepas ditendang dengan kasut but dan dipukul dengan topi keledar oleh suaminya, hanya kerana wanita itu menulis surat untuk meminta diceraikan. Insiden keganasan rumahtangga tersebut dilaporkan berlaku pada Sabtu lalu selepas suspek mengesyaki isterinya menjalin hubungan dengan lelaki lain.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan Norel Azmi Yahya Affandi ketika mengesahkan perkara itu berkata, suspek, seorang peniaga pasar malam berusia 51 tahun, 'naik angin' apabila menerima surat daripada isterinya yang minta diceraikan.

Menurutnya, suspek percaya isterinya berusia 33 tahun yang bekerja sebagai pembantu di sebuah pasar raya di Bukit Beruntung berbuat demikian kerana mempunyai teman lelaki.

"Akibat cemburu, suspek hilang pertimbangan dan bertindak memukul dan menendang isterinya dengan kasut but dan topi keledar.

"Ekoran itu, wanita malang tersebut terpaksa dirawat di Hospital Sungai Buloh akibat lebam di beberapa anggota badan selain patah kaki," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, polis yang menerima laporan mengenai kejadian itu kemudian menahan suspek di rumahnya pada hari sama. Katanya, suspek kemudian ditahan reman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Tambahnya, suspek akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bahru esok. Menurutnya, pasangan suami isteri itu mempunyai tiga anak perempuan berusia antara enam dan 11 tahun. Kejadian terbabit merupakan kes keganasan rumahtangga ketiga dilaporkan berlaku di negara ini dalam tempoh empat hari.

Semalam di Taman Bertam Perdana, Melaka, seorang jururawat, Hashimah Nong, 40, dimasukkan ke Hospital Melaka selepas kemaluannya cuba ditoreh oleh suaminya, seorang anggota tentera berusia 40-an. Suspek dikatakan berkelakuan kejam gara-gara mendengar 'bisikan suara halus' di dalam rumahnya yang mengatakan isterinya itu mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Terdahulu di Kuala Lipis, Pahang, kelmarin, seorang isteri, Rosmawati Abdul Rahman, 39, menemui ajal akibat kepalanya dihentak, selain perut, dada dan paha dipijak oleh suaminya yang tiba-tiba naik angin.

Kejadian kira-kira pukul 5 petang itu berlaku selepas anak pasangan terbabit mengadu kepada suspek berusia 46 tahun bahawa ibunya bercakap dengan seorang lelaki menerusi telefon di rumah mereka di Ladang Selborne, Kampung Padang Tengku, Kuala Lipis.



Entah laa kenape jadik begini...
lantera berkiblatkan iblis
Manusia huru hara
Segala-galanya adalah kerana menurut nafsu..
pujuk rayu syaitan yang sentiasa bertakhta di jiwa

Apabila iman semakin luntur
 akhlak dan budi bahasa kian pudar dari amalan
Iblis laknatullah yang kini melonjak-lonjak menjahanamkan
anak cucu adam

Kita sebagai manusia yang terus hanyut dengan godaan syaitan
Lemah dan terkulai

Hati yang hitam gelap gempita....
ternoda di tanah tandus
Neraka jahanam tempat bersemadi...

SUNYI SEPI 
SYURGA YANG KEKAL ABADI

CREATED BY :HAQIMIAS