ANAK YANG TAK BERDOSA  

Posted by Q.I.M.I :)

Bagaikan ngeri melihat kedangkalan akhlak manusia tika ini, bermula dengan ibu bapa yang kurang memberi didikan agama, lantas anak ini turut menerima akibatnya. Bagaikan tiada pedoman si anak ini. Jalan dan haluan bagaikan tertutup dan gelap gempita akan suasanaya.

Sebermula dengan kisah ibu bapa yang seringkali bertenglingkah, memaki hamun, menodai dan dinodai, bercerai berai yang tiada kesudahan akan kebaikan. Maka si anak ini mencari jalan untuk keluar dari masalah ibu bapanya. Lantas datang si jejaka yang mampu mengubah haluan hidupnya. Maka gembiralah si anak ini...


Belayarlah si anak ini dengan sang jejaka yang kononya penyelamat hidupnya. Lari ke hujung dunia bagaikan syurga itu milik mereka berdua. Kehadiran mereka dirirngi oleh iblis dan syaitan, maka berpalulah kompang dan rebana si syaitan ini. Si anak ini mula dipujuk oleh sang jejaka untuk berasmaradana, katanya inilah tempat milik kita, akan ku jadikan dikau permata suri hidupku wahai sang puteri.


Hanyut dengan belaian sang jejaka ini, membuai rasa si anak ini dengan alunan irama dan lagu yang bernafaskan nafsu berahi...

Hancurlah hidup si anak ini. terputuslah kesucian keturunan anak adam...
Tika itu sang jejaka bagaikan ghaib melenyapkan diri..tanda tugas sudah selesai. Menangislah si anak ini, rebah dan jatuh, tunduk pada kekesalan...


Si anak ini lari dan terus belari mencari suatu yang tidak pasti untuk dirinya dan anak yang bakal dilahirkan. Maka datanglah sang iblis dan syaitan..yang cuba berkata mulia. Digugurkan anak ini, di buang anak ini, di humban anak ini...bagaikan tiada kata untuk dibicarakan...untuk si anak ini.


Bertuturlah si anak yang baru dilahirkan ini kepada si ibunya, aku dilahirkan tidak berbapa tidak pula sebaik si ibu, aku dibuang, dan segalanya kata si anak ini pada tanah asal kejadian, pada sampah aku di bungkuskan, pada sungai aku di alirkan. Namun aku pasti, aku tetap ke syurga yang abadi... kerana aku anak yang tidak berdoasa.

Kemana hilangnya akal mu wahai si ayah, si ibu.Kemana imanmu yang tuhan itu kurniakan padamu. Kemana jua hendak kau lari, kerana tuhan itu Maha Mengetahui.


" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu
 Kami jadikan dia mendengar dan melihat "
Surah Al-Insan ayat 2



(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): “Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.
Sural Al-Luqman ayat 16


Anak itu ibarat kain putih yang suci sifatnya
Maka amanah yang dipertanggungjawabkan oleh ibu bapa untuk mewarnai dunia si anak ini
Maka warnailah anak ini dengan tona warna yang yang di redhai oleh Yang Maha Berkuasa.

Pulanglah ke pangkal jalan
Carilah jalan itu yang redhai olehNya
Jalan yang lurus, kesyurga kelak engkau ketemui
Namun jalan yang bengkok jua engkau lalui, ke neraka pasti engkau dihumbani
Tidakah dikau sedar akan azabnya Yang Maha Esa..


CREATED BY : HAQIMIAS

This entry was posted on Wednesday, May 12, 2010 at 3:40:00 PM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment